BASIC DAY CAMP
Pada 20 september 2020 hari ahad yang lalu, telah diadakan Perkhemahan asas sehari (Basic Day Camp) yang dikendalikan oleh Pasukan Pengakap Kelana Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang bertempat di Pusat Latihan dan Kegiatan Pengakap Kebangsaan, Kompleks Pengakap, Jalan Gadong.
Tujuan utama aktiviti perkhemahan ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas dalam aktiviti perkhemahan terutama sekali kepada ahli-ahli pasukan pengakap UNISSA 2 yang baru sahaja menyertai pasukan pengakap ini pada Ogos yang lalu.
Di samping mengadakan aktiviti perkhemahan, diselitkan juga aktiviti-aktiviti yang lain bersempena dengan sambutan hari kedamaian antarabangsa ‘International Day of Peace’ yang disambut pada setiap 21 september di seluruh dunia. Antara aktivitinya adalah seperti mengikuti taklimat mengenai aktiviti kesedaran alam sekitar; gaya hidup mesra alam sekitar ‘Environmental awareness: Eco-friendly lifestyle’ yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Alif bin Haji Sismat selaku penyelaras Pasukan Pengakap Kelana dan pemimpin Pasukan Pengakap Kelana 1102 UNISSA, membuat kerja-kerja kemasyarakatan seperti membersihkan Balai Ibadah Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam dan seterusnya ditutup dengan sesi bergambar ramai sambil memegang perekat ‘pledge’ yang membawa pelbagai slogan Hari Kedamaian Antarabangsa.