Angin Kangar Akan Bertiup !
Program Messenger Of Peace 2019 diadakan di IPG Kampus Perlis untuk 3 hari dari 19Julai - 21Julai 2019. Program ini diliputi dengan pelbagai slot bermanfaat seperti pendaftaran MOP, WOSM, Formula Pengiraan dan sebagainya. Tarian MOP menjadi tarikan para peserta yang mencergaskan semua serta menyemarakkan semangat para peserta program ini. Para fasilitator yang menyampaikan bengkel merupakan mereka yang cekap berkongsi pengalaman dan memberi informasi mengenai program ini. Pada hari pertama, para peserta telah diberi taklimat ringkas mengenai program ini dan sesi suai kenal dikendalikan. Antara program yang diadakan adalah 'Sustainable Development Goal', Geran MoP, Gerak Kerja Pengkalan MoP, Pelan Tindakan MoP, Peranan koordinator MoP dan sebagainya. Progran sebegini mampu meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai program dengan baik. Pelbagai input yang berguna telah dipelajari dan dijadikan contoh untuk memperbaiki kesilapan dan meningkatkan taraf hidup sebagai ahli Pengakap yang berguna kepada negara. Harap program sebegini akan diadakan di jelata negara supaya data-data bermakna dapat diketahui oleh seluruh ahli Pengakap Malaysia !