Aktiviti Radio Amatur Stesen 9M4SSC
Sekalung tahniah dan syabas atas kejayaan anak buah, murid SK Tempoyang kerana telah berjaya menyelesaikan aktiviti radio amatur (QSO)di mana secara tidak langsung mereka tahu tatacara perbualan di udara menggunakan radio dengan betul.. Mereka juga perlu menjawab soalan² berkenaan radio amatur.. Soalan berbentuk objektif disediakan.. Mereka juga dapat mengetahui serba sedikit ilmu dalam radio amatur.. Aktiviti ini berlangsung selama dua hari dan ramai peserta yang teruja ingin mencubanya.. Murid² terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran masing².. Namun ianya pasti berbaloi kerana seramai 10 orang murid dari SK Tempoyang telah berjaya mendapat sijil radio amatur yang bertaraf kebangsaan..
Hebat dan syabas..
Yang melaporkan,
9W2WFQ..