Aktiviti Kolaj Keamanan Sempena Program Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu 2019
Pada 23 hingga 27 September 2019 (5 hari) bersemperna dengan Bulan Keamanan Sedunia yang di anjurkan pada bulan September tahun 2019, Pasukan Pengakap Kelana B Udara (Banzai Rovers) Kinabatangan telah menganjurkan Program Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu. Program ini dibantu oleh dua lagi pasukan kelana iaitu Arkana Rovers dan Delta Rovers sebagai petugas bagi melaksanakan program ini. Program ini juga melibatkan pemimpin-pemimpin serta pengakap kanak-kanak dalam daerah kinabatangan. Secara tidak langsung program ini melibatkan seramai 174 orang secara keseluruhan nya termasuk patugas kelana, Pemimpin sekolah serta pengakap-pengkap sekolah yang terdiri daripada pengakap kanak-kanak dan pengakap khas.
Program ini berlangsung di 5 lokasi yang berbeza iaitu pada 23 september di SK Jaya Baru, pada 24 september di SK Bukit Garam 2, pada 26 September di SK Singgah Manis dan hari terakhir iaitu 27 September SK Kuala Suan Lambah dan SK Kg. Suan Lamba. Program ini bertujuan adalah untuk merealisasikan slogan “kelana sabah bersatu” di mana ahli-ahli pengakap kelana di daerah Kinabatangan memiliki 3 jenis unit. Program ini menjadi saluran yang terbaik bagi pengakap kelana di daerah kinabatangan untuk saling berkerjasama dalam tugasan, bartolak ansur dalam tindakan dan tolong menolong antara satu sama yang lain. Oleh itu, antara aktiviti-aktiviti dalam Jelajah Keamana ini adalah menjalankan kolaj keamanan, mewarna poster dan membuat kad ucapan keamanan. Bahan-bahan disediakan oleh pihak penganjur (kelana) seperti kertas A4, warna, kertas A4 yang mempunyai lakaran hitam putih logo MoP, gunting dan gam.
Secara keseluruhannya, Program Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu ini banyak memberi saya pendedahan yang baru tentang konsep keamanan yang cukup meluas makna dan peranannya. Antaranya ialah jelajah keamanan membawa makna kepentingan kebersamaan dan berperanan untuk mengikat hubungan persaudaraan antara satu sama lain.