AGIHAN BUBUR LAMBUK
Program agihan bubur lambuk dijalankan setahun sekali pada bulan Ramadhan adalah bertujuan berkongsi kegembiraan bersama orang ramai. Mereka yang terlibat terdiri daripada pasukan Pengakap Kelana Kinta, Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta, pemimpin-pemimpin pengakap, guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 6 dari Sekolah Raja Perempuan Ta`ayah, Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan Sekolah Izzudin Shah. Kami bertungkus-lumus menyediakan bubur lambuk yang dianggarkan lebih kurang 1000 ke 2000 bekas bermula seawal 10 pagi di pusat kokorikulum Sekolah Tuanku Abdul Rahman sehingga sesi agihan di sekitar Ipoh. Keberjayaan Program ini adalah dengan bantuan orang ramai yang memberi sumbangan dalam bentuk wang dan bahan basah dalam menyediakan bubur lambuk ini. Tidak lupa juga pihak yang terlibat menjayakan program secara langsung mahupun tidak langsung. Agihan bermula sekitar 6 petang di beberapa kawasan antaranya Perak Stadium, Bazar Taman Cempaka dan lain lagi. Selain bertujuan berkongsi kegembiraan bersama orang ramai, kami megukuhkan lagi persaudaraan sesama kami dan mengeratkan lagi persaudaraan bersama orang ramai. Ia sesuai dengan undang-undang pengakap yang ke-4 iaitu pengakap adalah bersaudara. Semua pihak berasa gembira kerana berjaya menyempurnakan program ini dan setiap pergerakan berjalan dengan lancar.