(9M4SJSD) JOTA JOTI JAMBOREE
9M4SJSD
Perkhemahan jota joti ini telah berlansung selama 3 hari bermula pada 18 higga 20 Oktober 2019 yang bertempat di Scout Nature Park Sandakan.
Perkhemahan ini disertai oleh peserta yang terdiri daripada pelbagai golongan umur seperti pengakap kanak-kanak, pengakap remaja dan pengakap muda. Para pemimpin sekolah juga turut mengambil peluang ini bagi bersama-sama menyertai jota joti ini. Jota joti ini telah memberi peluang kepada peserta untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan pengakap dari dalam dan luar negara. Mereka telah didedahkan dengan tatacara penggunaan radio amatur dan cara menghubungi dengan menggunakan radio serta aktiviti-aktiviti tambahan lain yang lebih menerangkan kepada bentuk komunikasi.
Program sebegini telah banyak memberi pengalaman baru kepada semua peserta.