(9M4SJSD) JOTA JOTI
Perkhemahan Jota dan Joti telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 18 sehingga 20 october 2019 yang bertempat di Scout Nature Park Sandakan. Penglibatan jota joti ini terdiri daripada semua ahli pengakap. Pihak sekolah juga tidak melepaskan peluang untuk menghantar ahli pengakap yang terdiri di sekolah masing-masing. Jota dan joti ini telah memberi peluang kepada ahli pengakap untuk berkomunikasi dengan ahli pengakap luar negara. Banyak benda baharu yang dapat dipelajari daripada jota dan joti tersebut. Sebagai ahli pengakap ianya memberi banyak faedah buat diri sendiri. Perkhemahan jota dan joti yang berlangsung selama 3 hari 2 malam Majlis penutupan jota dan joti telah disempurnakan oleh YB Arunarnsin Taib, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah.