4th International Conference on Teacher Training and Development
Saya dan beberapa ahli Unit Pengakap telah menjadi antara sukarelawan untuk 4th International Conference on Teacher Learning and Development bertempat di Hotel Royale Chulan, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kami bertugas sebagai 'rapporteur' untuk merekodkan butiran-butiran penting dalam pembentangan yang diberikan oleh para peserta. Antara pembentangan yang dilakukan adalah mengenai isu-isu semasa pendidikan, isu-isu berkaitan guru-guru pelatih dan kajian tindakan melibatkan bidang pendidikan di Malaysia.