#42km24Hours

#42km24Hours

Seramai 7 ahli pengakap SMK Mutiara telah  berjaya mengharungi Ekpedisi sejauh 42 KM dalam tempoh masa 24 Jam. Ujian ini adalah untuk seorang Pengakap Remaja untuk mendapatkan Rambu Kuning dan seterusnya  pengiktirafan sebagai Pengakap Raja. Seramai 6 murid pengakap laut dan seorang pengakap  telah menyertai ekspedisi kali ini . 

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah berjalan kaki pada waktu siang dan malam, Merekodkan tempat dan bangunan ikon di Labuan, membuat aktiviti orientaring di setiap perhentian, aktiviti khidmat masyarakat dengan mengutip sampah di sekitar kawasan yang dilalui. Dalam perhentian rehat untuk makan malam di Pantai Layang-Layangan, peserta perlu memasak makanan untuk semua peserta secara "backwoods living skills".

Perjalanan bermula di Bahagian selatan Pulau Labuan iaitu di  World War II Memorial  pada jam 0740 dan cuaca pada ketika itu hujan renyai, peserta melalui beberapa check point  termasuklah Kompleks Sukan Laut, Dataran Labuan,  United Nation Beach, Taman Damai Layang-Layangan, Kem TUDM Ganggarak dan berakhir di Chimney Trail. Sebagai langkah keselamatan, peserta harus melaporkan diri di setiap Balai Polis yang dilalui.

Pengakap Remaja yang menyertai ujian ialah Darryiell Karllen, Megawati binti sulaiman, Latipa Binti Basik, Norikmah Binti Karim, Rosanne Hazel Anak Robert, Nur Fathirah Suriana dan Melvane Chew Shen Feng.

Ketua Patrol ekspedisi, Adik Darryiell Karlen ketika ditemui berkata beliau dan rakan-rakan tetap tabah dan bersemangat walaupun cuaca tidak menentu ketika ekspedisi. Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana pasukannya selamat dan berjaya menamatkan perjalanan tanpa sebarang musibah. Beliau turut memuji ahli pasukan kerana dapat mengekalkan disiplin, mematuhi peraturan dan semangat sepasukan yang tinggi dan saling menggalakkan sesama ahli pasukan sepanjang ujian ekspedisi ini. Sebagai seorang ahli pengakap perlu sentiasa mengekalkan semangat setiakawan, kerjasama dan tolong-menolong di antara satu sama lain.

Pengetua SMK Mutiara, Encik Mohd Nizam bin Yasim turut meraikan para peserta di check point Kg. Patau-Patau untuk memberi semangat dan motivasi kepada mereka. Beliau turut memuji sikap bersungguh-sungguh mereka untuk menamatkan ujian ini. Pasukan ekspedisi ini turut diiringi oleh 6 orang guru SMK Mutiara  serta 2 orang sukarela dari Pengakap Kelana bagi memastikan peserta ekspedisi selamat sampai ke check point terakhir. Para peserta berjaya menamatkan ekpedisi pada jam 7:37 pagi di  bahagian paling utara Pulau Labuan di Pantai Chimney yang indah.

Started Ended
Number of participants
7
Service hours
84
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Youth Engagement

Share via

Share