Warna Warni Di Aidilfitri 2019
Aktiviti rumah terbuka Banzai Rovers kali pertama ini diadakan di Taman Shaross, Kampung Berjaya 2 Kinabatangan. Rumah terbuka julung kali ini diadakan oleh Banzai Rovers sejak ditubuhkan. Ramai yang turut hadir memeriahkan rumah terbuka Banzai Rovers terutamanya rakan seperjuangan dari Arkana Rovers serta Delta Rovers dan penduduk sekitar Taman Shaross. Tidak lupa kepada rakan rakan kelana dari luar daerah (kelana sibuga,lahad datu dan tungku)
pelbagai juadah yang telah disediakan oleh Banzai Rovers untuk tetamu. Rumah terbuka Ini secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara pasukan Pengakap Daerah Kinabatangan bersama penduduk setempat sekali gus mendekatkan jurang persahabatan antara kelana daerah Kinabatangan serta pengakap dari daerah luar di samping merayakan hari raya dengan penuh kemeriahan.
Youth development hours
8
Location
Topics
Personal safety
Communications and Scouting Profile
SDGS