SUKAN PERANTARA UNTUK MENGUKUHKAN HUBUNGAN ANTARA AHLI PENGAKAP
Pada selasa bersamaan 2 Dis 2019 pada pukul 9.00 p.m satu perlawanan persahabatan antara Arkana Rover Kinabatangan dan Banzai rovers Kinabatangan telah diadakan . Sebanyak 22 orang pemain dari kedua dua krew tersebut telah memeriahkan perlawan futsal itu. Pemain tersebut terbentuk daripada pemimpin dan pengakap kelana. Matlamat program ini dibuat adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara dua krew ini . Selain itu,program ini juga dapat memberikan fahaman yang meluas kepada orang lain bahwa berpengakap tidak semestinya hanya berpengakap dan berpengakap termasuk dalam semua aspek terutamanya dalam bidang Sukan,Pembangunan,komuniti dan banyak lagi.
Hal sedemikian haruslah ditekankan kepada ahli pengakap yang baru supaya dapat menyesuaikan diri dengan pengakap yang lain dan seterusnya kepada krewnya sendiri.
Majulah sukan untuk negara !!!