Majlis Penutupan Kursus Koordinator Messengers of Peace Peringkat Kebangsaan Zon Sabah

Majlis Penutupan Kursus Koordinator Messengers of Peace Peringkat Kebangsaan Zon Sabah

Majlis penutupan Kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP) telah dilaksanakan pada hari ketiga iaitu 3 November 2019 di dewan terbuka Scout Nature Park (SNP), Sandakan. Ucapan aluan telah disampaikan oleh wakil peserta, Dr Amir Hamzah Bin Aman, Pesuruhjaya MoP Kebangsaan dan dirasmikan oleh Dr Awang Zaini Bin Haji Suntim selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah. Kursus yang berlangsung selama 3 hari bermula 1 september yang lepas telah pun menutup tirai dengan jayanya. Seramai 80 orang peserta telah diberikan sijil dan lencana serta dikalungkan skaf koordinator Messengers of Peace Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan terima kasih diucapkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia di atas peluang, ilmu dan pengalaman yang disajikan.
Youth development hours
24
Location

Share via

Share