[ MAFUS ]_Perjalanan Menuju Titi Kejayaan
Pada tanggal 13 Februari hingga 15 Februari 2020 satu bengkel di bawah anjuran bersama Persekutuan Pengakap Negeri Kelantan telah diadakan di Kem Kijang Kota Bharu.Bengkel tersebut ialah Scout of The World Discovery (SWD).Bengkel tersebut telah berlangsung selama 4hari 3malam dan dihadiri seramai 60 orang orang ahli pengakap dan bukan pengakap.Kem ini bertujuan mendedahkan kepada masyarakat serta ahli pengakap mengenai sesuatu projek yang menepati syarat dan mesti merangkumi Suistanable Development Goals (SDGs).Tambahan pula untuk melayakkan seseorang itu dianugerahkan Scout of The World Award (SWA) peserta tersebut wajib menghadiri SWD untuk mendapatkan passport sebagai bukti anda telah menghabiskan bengkel.Semasa di sana banyak yang kami pelajari iaitu bagaimana untuk kita mencari sesuatu projek? Kita perlu memikirkan adakah projek itu walaupun sudah siap adakah akan berkekalan dan akan digunkan dan pelbagai lagi.
Setelah berakhirnya bengkel SWD tercetus satu cadangan hadir “apa kata kita terus buat projek dan dapatkan SWA tahun ni juga”.Jadi terilhamlah projek MAFUS yag membawa maksud Madrasah For Us.Pada masa yang sama dengan pembangunan madrasah tersebut kami dapat meluaskan empayar Islam di sesebuah kawasan tersebut.Jadi kami bersama mengadakan perbincangan pada awalnya dianggotai oleh kumpulan kami sahaja MAFUS, kemudian pertemuan seterusnya dilakukan sekali lagi tetapi kali ini kami menjemput pewaris tanah iaitu Umi dan tinjauan sekeliling madrasah dilakukan.
17 Januari hingga 20 Ogos 2020 PEMBINAAN MADRASAH
Seterusnya,proses gotong royong dilaksanakan.gotong royong tersebut disertai oleh Pasukan Pengakap Kelana B-Blackflurry Pasir Mas dan penduduk Kampung Pak Limah yang berbesar hati ingin bekerjasama dalam proses perobohan madrasah.Proses gotong royong ini berlaku dua kali, awalnya Gotong Royong 1.0 kemudian Gotong Royong 2.0.
Setelah selesai maka progress seterusnya berjalan iaitu pembangunan Madrasah.Proses tersebut memakan masa lebih kurang 30 minggu.Kami juga meminta bantuan daripada orang berpengalaman bagi membantu kami dalam proses pembinaan tersebut kerana untuk makluman “totally lost” bermaksud segala binaan madrasah asal tidak dapat digunakan lagi kecuali hanya tapak asal sahaja.
Cabaran yang paling mencabar bagi saya adalah kerana saya seorang bendahari ialah dalam proses mencari dana.Sebelum ini saya tidak berurusan langsung dengan mana mana pihak untuk kutipan.Pada awalnya saya kekok tapi makin lama makin terbiasa.Bagi mana tutur cara,pemakaian kita dan sebagainya.Kedua ialah kerja di bawah panas terik matahari,selama 30 minggu itu saya rasa sendiri bagaimana seorang buruh bersusah payah mencari sesuap nasi untuk diberi kepada keluarga.Agak perit tetapi itu mematangkan kami semua.
Harapan saya ialah berharap agar apa yang usahakan selama ini akan dihargai oleh masyarakat.Kami bukanlah orang berkemahiran dalam bidang ini pada awalnya tetapi memikirkan nasib penduduk setempat kami bekerja keras bagi menyiapkan madrasah tersebut.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyiap Madrasah Haji Senik Kampung Pak Limah,Salor.