Kursus kordinator Messengers Of Peace (MoP)

Kursus kordinator Messengers Of Peace (MoP)

Kursus kordinator Messengers Of Peace (MoP) peringkat kebangsaan Zon Sabah telah dilaksanakan di Scout Nature Park (SNP) Sandakan yang berlangsung selama 3hari 2malam bermula pada1-3November 2019 disertai oleh 20 buah daerah di Sabah.Seramai 80 pemimpin pengakap dari seluruh Sabah telah menghadiri kursus yang telah dikendalikan oleh Tuan Amir Hamzah Bin Aman Penolong Ketua Persurujaya Pengakap Negara dengan kerjasama Persekutuan pengakap Malaysia. Kursus ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran mengenai rangkaian MoP serta pengurusan projek. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan para peserta dapat berkerjasama dan berkongsi buah fikiran bagi melancarkan aktiviti. Kursus Kordinator MoP ini telah disertai oleh beberapa daerah di seluruh Sabah termasuklah Tungku, Kota Kinabalu, Semporna, Sibuga, Sook, Kinabatangan, Penampang, Beaufort II, Sipitang, Balung, Sembulan, LahadDatu, Tawau, Inanam, Kudat, Kawang, Karamunting, Sandakan, Kunak dan Beluran. Pihak pengurusan telah menyediakan pelbagai slot dan program bagi memenuhi objektif kursus yang akan dijalankan selama 3hari tersebut.
Youth development hours
240
Location
Topics
Personal safety
Communications and Scouting Profile
Partnerships

Share via

Share