Kemeriahan Rumah Terbuka Banzai Rovers Kinabatangan
Pada 15 Jun 2019 pukul 8:00PM, Pasukan Pengakap Kelana 'B' Udara Kinabatangan telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya bertempat di No 1,Taman Shaross, Kg Berjaya 2 90200, Kota Kinabatangan.
Objektif penganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya ini adalah untuk meraikan bulan Syawal dengan penuh meriah antara perayaan utama negara ini tanpa mengira agama dan bangsa. Ianya juga dapat memupuk budaya kunjung-mengunjung, bermaaf-maafan supaya hubungan silaturrahim itu terus diperkukuhkan dan dapat menyemarakkan toleransi di kalangan masyarakat setempat.
Aktiviti ini turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Daerah Kinabatangan iaitu Skip Shopian Nasir, Penolong Pesuruhjaya Daerah Kinabatangan Puan Jasmiyati Baharuddin, Arkana Rovers, Delta Rovers dan rakan-rakan pengakap kelana dari pelbagai daerah seperti Sandakan, Lahad Datu, Karamunting, Sibuga serta guru-guru dari Sekolah Menengah Bukit Garam 1. Di samping itu, aktiviti seperti ini dapat menjadi platform terbaik dalam menyuburkan semangat perpaduan dan kebangsaan di kalangan masyarakat setempat.