Karnival hari Kantin Sk Bukit Garam 2 bersama si kecil
Sempena hari kantin Sekolah Kebangsaan Bukit Garam 2, Pasukan Pengakap Kelana 'B' Banzai Rovers Kinabatangan mengambil peluang untuk membuka gerai jualan bersama kanak-kanak istimewa bermula 12 hingga 13 November 2019. Seramai 15 orang ahli pasukan bertugas secara giliran mengikut hari di gerai tersebut. Terdapat pelbagai jualan yang di jual seperti kuih-muih dan minuman yang di jual oleh pasukan Banzai rovers dan si kecil.
Pelbagai aktiviti yang berlangsung semasa karnival tersebut, antaranya pertandingan beyblate di dalam dewan dan pertandingan bola tampar di padang bola tampar sekolah.Karnival ini terbuka kepada pihak sekolah serta orang awam.
Hal ini demikian, karnival ini memberi pengalaman yang baru dan bermanfaat kepada ahli banzai rovers seperti dalam bidang perniagaan serta pengurusan kewangan. Karnival ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara mereka dan orang awam