Karnival Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Bukit Garam 2 .
Sempena dengan Hari Kantin Di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam 2 ini, pasukan Pengakap Udara Kelana 'B' Banzai Rovers Kinabatangan mengambil peluang untuk membuka gerai jualan bermula pada 12 dan 13 Nov bersamaan dengan hari Selasa dan Rabu . Banzai Rovers telah menjual pelbagai jenis makanan seperti kuih, kek, nugget , sosej , aiskrim dan jualan utama adalah Beyblade dan Sekolah Kebangsaan Bukit Garam 2 telah membuat pertandingan beyblade untuk murid - murid . Pada 13 Nov merupakan hari terakhir bagi Karnival Hari Kantin Di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam 2 dan ramai orang awam telah datang berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Bukit Garam 2 untuk memeriahkan lagi program hari kantin itu .