Istiadat Penyampaian Bendera Kontinjen Malaysia/Sabah Ke 1st.ASEAN Seaboree Singapore 2019

Istiadat Penyampaian Bendera Kontinjen Malaysia/Sabah Ke 1st.ASEAN Seaboree Singapore 2019

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah sekali lagi melakar sejarah pada 04 Disember 2019 dimana  Istiadat Penyampaian Bendera Kontinjen Malaysia/Sabah ke 1st.ASEAN Seaboree Singapura kepada Ketua Kontinjen Malaysia/Sabah Skipper Mohd Rizan Gulam Hussein Pesuruhjaya Daerah Inanam, telah diadakan.  Istiadat ini di sempurnakan oleh Yang Berhormat Arunarnsin bin Hj. Taib, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah di pejabat Kementerian Belia dan Sukan,Wisma Muis, Kota Kinabalu, Sabah.  Kontinjen Pengakap Sabah diwakili 4 orang Pemimpin sebagai Contingent management Team serta  4 orang Pengakap Kelana sebagai International Services Team dan 3 orang Pengakap Muda Remaja Laut.  Perhimpunan Pengakap Laut ASEAN (SEABOREE) merupakan pertama kali dianjurkan diperingkat ASEAN.  Perhimpunan ini bermula pada 6 hingga 9 DIsember 2019 bertempat di Sarimbum Camp, Singapura. Pelbagai aktiviti turut di diadakan sepanjang perhimpunan tersebut untuk para peserta.  Harapan Pengakap Sabah semoga apa yang diperolehi di perhimpunan itu dapat dikongsi dengan ahli-ahli pengakap di Sabah amnya dan Malaysia khasnya yang tidak dapat turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Youth development hours
96
Location
Topics
Legacy BWF

Share via

Share