Hari Terbuka SK Bukit Garam 2

Hari Terbuka SK Bukit Garam 2

Sempena dengan Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Bukit Garam 2 ini, Pasukan Pengakap Kelana 'B' Banzai Rovers Kinabatangan mengambil peluang untuk membuka gerai jualan bermula 12 hingga 13 November 2019. Seramai 15 orang ahli pasukan bertugas secara giliran mengikut hari di gerai tersebut. 
 

Pelbagai jualan yang disediakan anraranya ialah Bebola Ketam, Nugget, Sosej, Air, Aiskrim, Buah-buahan dan Choc Cake. Menariknya, gerai jualan pasukan Banzai Rovers juga menyediakan jualan istimewa iaitu Beyblade. Gerai jualan dikatakan mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya murid-murid SK Bukit Garam 2. 
 

Aktiviti jualan seumpama ini sebenarnya dapat meningkatkan mutu pengetahuan ahli pasukan terhadap dunia perniagaan walaupun ia dilaksanakan secara kecil-kecilan. Di mana, ahli pasukan dapat belajar mengenai pengurusan kewangan, perhubungan dengan pihak penganjur, pengendalian makanan serta komunikasi bersama pelanggan. 
 

 

Youth development hours
16
Location
Topics
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share