Warna Warni Jota Joti Stesen Induk PPMCS

Warna Warni Jota Joti Stesen Induk PPMCS

Program yang dijalankan secara serentak di seluruh dunia iaitu Jamboree On The Air (Jota), Jamboree On The Internet (Joti) dilaksanakan pada 18 hingga 20 Oktober 2019 iaitu selama 3 hari 2 malam. Saya sebagai petugas, yang menjalankan tugas di stesen induk PPMCS (9M4SJSD) bertempat di Scout Nature Park (SNP), Sandakan. Seramai 500 orang peserta dan petugas iaitu, seramai 413 orang peserta yang terdiri daripada pengakap kanak-kanak, pengakap muda, pengakap remaja dan pengakap kelana, 30 orang pemegang lesen radio amatur, 30 orang kelab rekreasi luar dan 27 orang pengakap kelana sebagai petugas. Jota Joti ini memberi peluang kepada peserta berkomunikasi melalui perhubungan radio (udara) dan internet kepada peserta Jota Joti di seluruh dunia. Para peserta juga berpeluang untuk mengenali, belajar dan melibatkan diri dengan aktiviti lain seperti semaphore, orienteering dan jungle tracking. Semestinya, aktiviti-aktiviti seperti ini membantu para peserta untuk menimba pengalaman yang baharu dalam aktiviti kepengakapan. Bagi melihat gambar-gambar lebih lanjut, boleh tekan pada link yang tertera untuk terus ke laman instagram Pasukan Pengakap Kelana ‘B’ Udara (Banzai Rovers), Kinabatangan.
Started Ended
Number of participants
587
Service hours
10566
Location
Malaysia
Topics
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Global Support Assessment Tool

Share via

Share