Ultra Face Shield Ranger Elite

Ultra Face Shield Ranger Elite

Pada masa ini global digemparkan dengan virus yang muncul pada penghujung tahun 2019 iaitu virus Covid -19.Seluruh dunia sedang berduka dan bersungguh-sungguh bagi menanggani virus ini terus merebak. Dalam menanggani pandemik ini frontliners di wajibkan memakai perlindungan selengkapnya atau lebih di kenali Personal Proctective Equipment (PPE) bagi mengelakkan virus ini merebak kepada frontliners ketika proses merawat pesakit yang positif Covid- 19.Face Shield merupakan antara kelengkapan PPE bagi frontliners.Kami mendapati bahawa saban hari bekalan Face Shield yang tersedia di hospital dan klinik kesihatan makin berkurang akibat pandemik Covid - 19.Ini telah memaksa pihak kesihatan mencipta sendiri Face Shield. Saya beserta 19 ahli lagi Pasukan Pengakap Kelana B - Blackflurry telah mengambil inisiatif bagi meringankan beban mereka mencipta Face Shield secara DIY.Tambahan pula,penciptaannya sangat lah senang bahan yang diperlukan hanyalah plastic A4,Glue Gun,Span,Cotton Tape dan beberapa alatan kelengkapan seperti single punch dan gunting. Ada masyarakat yang ingin membantu dalam pembuatan dengan cara menyumbangkan bahan dan ada juga membantu melalui kewangan. Target awal kami hanyalah 1,000 unit dan kami dapat menyiapkan dalam beberapa hari sahaja.Kami semua mengadakan perbincangan dan kata sepakat untuk mencipta sejumlah 10,000 unit. Apabila dikira dan dikumpul tanpa disedari kami semua berjaya mencapai taget kami iaitu 10,00 unit. Apabila telah selesai Face Shield akan di packing kemudian akan diagihkan ke hospital dan klinik kesihatan secara berperingkat supaya arahan yang dikeluarkan pihak kerajaan dipatuhi iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dalam penciptaan Face Shield ini kami terbahagi kepada dua kumpulan iaitu di base dan rumah sendiri.Base penciptaan terletak di Banggol Ara iaitu rumah Pemimpin Pasukan Pengakap Kelana B - Blackflurry Pasir Mas.Disinilah kami kumpulkan semua face shisld yang telah siap. Ketika di base dan rumah Standard Operation Procedure (SOP) yang amat dititikberatkan ialah penjarakkan sosial kedudukan kami telah disusun berjarak 1meter dengan setiap individu.Selain Itu,amalan kebersihan sebelum memulakan penciptaan kami diwajibkan membasuh tangan dengan air dan sabun atau memakai hand sanitizer.
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
102
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Legacy BWF

Share via

Share