UIAMK ke Kursus Koordinator MoP di UniSZA
Kami, wakil UIAM kampus Kuantan telah menghadiri kursus koordinator Messengers of Peace (MoP) di UniSZA, Kuala Nerus, Terengganu selama 4 hari 3 malam. Disini kami diberi pendedahan mengenai MoP secara terperinci dan juga bagaimana untuk mengakses scout.org dan mengenai WOSM. Kami belajar Ale Ale, tarian MoP, MoP dan scout.org.
Kami juga didedahkan dengan dua cara yang boleh dilakukan untuk mendapat anugerah MoP, dimana pengakap boleh melakukan perkhidmatan selama seratus jam, ataupun melengkapkan satu projek yang memberi manfaat kepada masyarakat untuk jangka masa yang lama. Kami juga bermain sedikit permainan pengakap untuk hiburan para peserta.