SPLASH WITH ASAM GARAM KITCHEN
Pada 29-30 September saya dan pasukan sukarelawan saya dijemput untuk membuat gotong royong di sebuah syarikat catering asam garam yang dimiliki oleh Chef Alwi. Asam garam kitchen terletak di Hulu Langat, Selangor. Seramai 5 orang peserta telah melibatkan diri didalam program ini.Program ini berjalan dari pukul 8 pagi sehingga 3 petang. Antara aktiviti yang dibuat ialah menyusun atur semula barang dibahagian store asam garam kitchen bagi memudahkan pergerakan barang keluar masuk. Seterusnya mengemas semula bahagian main kitchen bagi menyediakan tempat yang lebih selesa dan peralatan memasak mudah dicapai sekaligus menyediakan bahagian memasak yang bersih dan selamat.