Seronoknya Jotaboree Sg Abong
Saya telah menyertai Jotaboree sebagai pemimpin dan petugas Messengers of Peace (booth sempena jotaboree: daftar keahlian scout.org dan upload projek). Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di SK Sungai Abong, Muar Johor. Sebagai pemimpin, saya telah membawa seramai 2 orang murid SK Jelotong untuk turut serta dalam program ini. Banyak ilmu dapat saya pelajari di sini. Saya berharap dapat menyertai lebih banyak program yang bermanfaat seperti ini lagi.