Sejarah Tercipta untuk Pengakap Kanak-kanak Kemabong
Kem yang menghimpunkan sejumlah 270 orang pengakap kanak-kanak dan pemimpin dalam satu perkhemahan terbesar yang pernah dianjurkan oleh Daerah Kemabong. Ia adalah sejarah yang ditulis dan dicipta oleh semua mereka yang hadir memeriahkan kem tersebut. Kem kali ini amat bermakna kerana penantian 2 tahun untuk dilaksanakan akhirnya menjadi kenyataan. Lebih menarik lagi, di kalangan peserta tersebut buat julung kalinya melibatkan pelajar-pelajar sekolah Tahfiz Ar-Raudhah, Tenom. 21 aktiviti untuk dilengkapkan sepanjang kem. Tahniah semua yang terlibat dan menjayakan 1st Kemabong Cuboree 2017.