RMO'S FACE SHIELD KNIGHT

RMO'S FACE SHIELD KNIGHT

Pada 25 Mac 2020, saya bersama 19 ahli Pengakap Kelana B Pasir Mas telah memulakan projek kemasyarakatan FACE SHIELD HEROES yang diketuai oleh NOR AZLIN BINTI MAT NOR. Projek ini dilaksanakan untuk menjaga keselamatan petugas barisan hadapan ketika bertugas menjaga masyarakat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perisai muka ini diperlukan oleh petugas-petugas barisan hadapan seperti jururawat, tentera, polis dan doktor untuk menghindari virus covid-19 daripada merebak kepada para petugas.

Projek ini bertapak di rumah Ketua Projek di Banggol Ara, Pasir Mas bersama 10 orang ahli pengakap kelana termasuk saya bertugas di sini. Kami telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi seramai 5 orang petugas dan sesi petang seramai 5 orang petugas lain. Disebabkan Perintah Kawalan Berkurung, hanya 10 orang petugas sahaja dibenarkan bertugas 2 sesi di rumah Ketua Projek, 10 orang petugas lain pula bertugas membuat perisai muka ini di rumah masing-masing mengikut SOP yang ditetapkan. 

Kami telah menyiapkan dan telah menghantar sebanyak 10,637 unit perisai muka kepada 24 lokasi saringan dan rawatan covid-19 di negeri termasuk Kelantan, Pahang dan Terengganu. 

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
102
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share