PROJEK PERKHIDMATAN PENGAKAP KUMPULAN 01 WANGSA MAJU
Saya Seah Yong Xin ,sebagai naib pengerusi Pengakap SMJK CHONG HWA Kumpulan 01 Wangsa Maju telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan semasa berada di Kem Buddha selama tujuh hari yang dipimpin oleh Pn.Te Ah Theen, penyelaras Persatuan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia, pemimpin Troop & Adc Wangsa Maju. Terdapat 17 orang ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA telah menjalankan sumbangan komuniti dengan tetapan berikut :
Tarikh : 1 Disember 2019 hingga 7 Disember 2019
Masa : 12 tengah hari hingga 12 tengah hari
Tempat : Canaan Valley , Taman Tasik Teratai , 48200 Serendah , Selangor , Malaysia
Peserta : 100 peserta penganut Agama Buddha dari China , Taiwan , Hong Kong , Singapura dan Malaysia
Jawatankuasa pelaksana : 20 jawatankuasa pelaksana kem dari Persatuan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia
17 ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA Jalan Gombak Kuala Lumpur Malaysia , Kumpulan 01 Wangsa Maju PPPM Kuala Lumpur.
Bak kata pepatah 'bagai aur dengan tebing’ ,kami telah bekerjasama untuk menjalankan tugasan-tugasan seperti pendaftaran , pelayan , pembantu dapur, penbersihan, persembahan malam kebudayaan dan sebagainya dengan sukarela dan dalam keadaan yang mesra. Kami berasa sangat gembira kerana telah dipuji oleh guru dan peserta-peserta penganut Agama Buddha yang berasal dari negara lain. Selain itu, kami telah mengenali seorang pak cik dan dua orang mak cik yang peramah, prihatin dan baik hati. Mereka sentiasa membantu kami apabila kami menghadapi masalah di dapur untuk memastikan keselamatan kami. Projek ini telah kami laksana dengan lancar dan gembira. Akhir sekali , saya berharap agar sumbangan dan usaha yang telah kami sumbang dapat membantu orang lain untuk membuat sesuatu. Sekian, terima kasih.