PROJEK PERKHIDMATAN PENGAKAP KUMPULAN 01 WANGSA MAJU
Malaysia

PROJEK PERKHIDMATAN PENGAKAP KUMPULAN 01 WANGSA MAJU

  CUTI SEKOLAH  YANG ISTIMEWA...

  Saya Valentini sebagai setiausaha Pengakap SMJK CHONG HWA Kumpulan 01 Wangsa Maju telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan semasa berada di Kem Buddha selama tujuh hari yang dipimpin oleh Pn.Te Ah Theen , penyelaras Persatuan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia , pemimpin Troop & Adc Wangsa Maju . 18 orang ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA turut menjalankan sumbangan komuniti dengan tetapan berikut : 

Tarikh : 1 Disember 2019 hingga 7 Disember 2019

Masa : 12 tengah hari hingga 12 tengah hari

Tempat : Canaan Valley , Taman Tasik Teratai , 48200 Serendah , Selangor , Malaysia 

Peserta : 100 peserta penganut Agama Buddha dari China , Taiwan , Hong Kong , Singapura dan Malaysia

Jawatankuasa pelaksana : 20 jawatankuasa pelaksana kem dari Persatuan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia

                                           18 ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA Jalan Gombak Kuala Lumpur Malaysia , Kumpulan 01 Wangsa Maju PPPM Kuala Lumpur . 

  Kami telah bekerjasama menjalankan tugasan-tugasan seperti pendaftaran , pelayan , pembantu dapur , pembersihan , persembahan malam kebudayaan dan sebagainya dengan sukarela dan mesra sekali . Kami dipuji oleh guru-guru dan peserta-peserta penganut Agama Buddha yang berasal dari negara lain . Bukan itu sahaja , kami juga telah mengenali seorang pakcik dan dua orang makcik yang mesra sekali semasa membantu mereka di dapur . Projek ini telah dilancar dan dilaksanakan dengan sempurna .Terdapat aktiviti yang telah kami lakukan misalnya mendaki gunung . Melalui aktiviti tersebut , hubungan antara kami telah dieratkan . Kami telah menimba banyak ilmu pengetahuan melalui perkhidmatan ini . Sebagai seorang pengakap , kita haruslah sentiasa mempunyai sikap yang ingin mengetahui dan tekun pada setiap masa . Dengan itu , ilmu pengetahuan kita dapat ditambah agar tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung . Akhir sekali , saya berharap agar dapat menyumbang tenaga dan usaha yang banyak untuk membantu orang lain pada masa hadapan . Oleh itu , dunia kita akan menjadi aman dan harmoni jika setiap orang menyumbang tenaga bagai aur dengan tebing . Sekian , terima kasih . 

Started Ended
Number of participants
138
Service hours
5796
Location
Malaysia
Topics
Communications and Scouting Profile

Share via

Share