Projek Perkhidmatan Pengakap
Saya Goh Suet Ying sebagai Ketua Patrol SMJK CHONG HWA Kumpulan 01 Wangsa Maju telah menyertai projek tentang perkhidmatan dan sumbangan semasa Kem Buddha selama tujuh Hari yang dipimpin oleh Pn. Te Ah Theen, penyelaras Persatuan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia, pemimpin Troop & Adc Wangsa Maju, 18 orang ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA turut menjalankan sumbangan komuniti dengan tetapan berikut:
Tarikh : 1 Disember 2019 hingga 7 Disember 2019
Masa : 12 tengah Hari hingga 12 tengah hari
Tempat : Canaan Valley, Taman Tasik Teratai, 48200 Serendah, Selangor, Malaysia
Peserta : 100 peserta penganut Agama Buddha dari China, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan Malaysia
Jawatankuasa pelaksana : 20 jawatankuasa pelaksana kem dari Persatuan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia
17 ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA Jalan Gombak Kuala Lumpur Malaysia, Kumpulan 01 Wangsa Maju PPPM Kuala Lumpur
Kami telah bekerjasama dan bertanggungjawab menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi seperti pendaftaran, pelayan, pembantu dapur, pembersihan, persembahan malam kebudayaan dan sebagainya secara sukarela dan mesra. Kami telah dipuji oleh guru-guru dan peserta-peserta Agama Buddha yang berasal dari negara-negara lain. Sekian terima kasih.