Projek Jambatan Senyuman Sempena Hari Kedamaian Sedunia
Brunei Darussalam

Projek Jambatan Senyuman Sempena Hari Kedamaian Sedunia

PENYERAHAN DERMA "JEMBATAN SENYUMAN KALI KE 2" KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN ORANG BERKEPERLUAN KHAS Projek "Jembatan Senyuman" adalah satu projek yang dikendalikan oleh Bahagian Pengakap Berkeperluan Khas, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam. Projek ini adalah yang kedua kali nya diadakan setelah projek pertama pada bulan puasa yang lepas. Projek ini mengumpulkan derma serta sumbangan daripada pemimpin-pemimpin Pengakap serta ahli-ahli Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) dan diserahkan kepada anak-anak yatim serta anak-anak berkeperluan khas yang berhak menerima. PPNBD berhasrat untuk menjadikan projek ini sebagai projek berpanjangan bagi memberikan pendidikan dan latihan kepada belia-belia pengakap tentang kepentingan memperduli dan mengelinga anak-anak yatim dan anak-anak Berkeperluan Khas di Negara Brunei Darussalam. Menurut ucapan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pengakap Berkeperluan Khas menyatakan bahawa "Kempen seumpamanya dapat memberikan kesedaran dan pendidikan secara tidak formal tentang semangat kesukarelawanan dalam membantu dan memberikan pulangan balik kepada masyarakat terutama kepada Negara. Projek ini juga bersesuaian dengan sambutan hari kedamaian sedunia "World Peace Day" yang di sambut setiap tahun. INFO Tarikh disampaikan sumbangan : 21 September 2016 @ 9 Pagi. Tempat : Pusat Bahagia Brunei Muara, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan Disampaikan kepada : 10 Orang Penerima iaitu 3 anak yatim dan 7 orang anak berkeperluan khas yang bersekolah di Pusat Bahagia. 4 penerima disampaikan di Pusat Bahagia dan 6 orang penerima di hantar ke rumah masing-masing. Sumbangan disampaikan oleh : Pemimpin-pemimpin Pasukan Pengakap Bahagia yang diketuai oleh Mohammad Aidil bin Jahali Turut hadir menyaksikan : "Haji Mohamad Paizzal bin Haji Piluk" (Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pengakap Berkeperluan Khas), Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
Number of participants
8
Service hours
24
Location
Brunei Darussalam
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share