PROJEK BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN PUASA: AKADEMI PENGAKAP SARAWAK
Bersempena dengan bulan puasa, Akademi Pengakap Sarawak telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk untuk diberikan kepada penduduk tempatan serta beberapa orang ahli bomba yang bertugas. Seramai 25 orang pengakap telah mengambil bahagian dalam aktiviti memasak tersebut. Kami telah berjaya menyediakan bubur untuk dibekalkan kepada 100 orang.