Program Jelajah Muzium Mersing
Seramai 35 orang dari 5 unit beruniform sekolah kami terpilih untuk menyertai program ini.
Kami berenam dari unit pengakap ditugaskan oleh guru pengakap kami untuk mengambil seberapa banyak maklumat untuk kami kongsikan dengan unit kami apabila pulang nanti.
Kami tiba di Muzium Mersing pada pukul 10:00 pagi, perjalanan kesana mengambil masa 2 jam dari sekolah kami di Kluang.
Setelah mendengar taklimat dari Curator Muzium, kami digalakkan untuk ‘menjelajah’ sendiri Muzium tersebut, atas kepercayaan yang pelajar-pelajar unit beruniform mempunyai disiplin yang tinggi.
Banyak artifak-artifak lama yang ada dalam muzium itu. Saya paling gemar dengan Duit Daun Pisang Jepun kerana saya sendiri ada mengumpul mata wang lama.
Setelah selesai ‘menjelajah’ muzium tersebut, kami diberi peluang mencanting
dan mewarna batik, satu warisan seni tradisional.
Kami juga dibawa ke kilang membuat keropok lekor, disana kami juga diberi peluang menguli aduan keropok itu. Itulah kali pertama saya makan keropok lekor rebus!