PPDBM gotong-royong membersih tanah perkuburan
Brunei Darussalam

PPDBM gotong-royong membersih tanah perkuburan

TUNGKU, Ahad, 17 Mei. - Amalan membersihkan tanah perkuburan mempunyai nilai-nilai mulia seperti dapat mengingatkan ibu bapa dan ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah. Persatuan Pengakap Daerah Brunei Muara (PPDBM) dengan kerjasama Persatuan CARE, telah mengadakan kerja gotong-royong membersihkan tanah perkuburan orang Islam dengan disertai oleh 20 ahli pengakap PPDBM dan Pengakap Bahagia serta pemimpin-pemimpin. Selain membersihkan tanah perkuburan, anggota tersebut juga membaca Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Skipper Haji Mohammad Paizal bin Haji Pilok, di Tanah Perkuburan Orang Islam STKRJ Kampung Tungku, Simpang 162-48-18. Aktiviti merupakan projek tahunan bagi PPDBM bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang akan menjelang. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada semua pihak, di samping menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat yang sering dikunjungi, di samping dapat menjalin dan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan semua ahli-ahli pengakap dan pemimpin.

Number of participants
13
Service hours
52
Location
Brunei Darussalam
SDGS

Share via

Share