PERTANDINGAN FOTOGRAFI
Bulan Keamanan Dunia telah di sambut pada bulan September setiap tahun. Pada tahun ini Pengakap Kanak-Kanak Daerah BATU PAHAT telah mengadakan pertandingan Fotografi sempena memeriahkan sambutan pada tahun ini. Bagi memberikan sokongan terhadap Sambutan pada tahun ini saya menggambil insiatif untuk menyertai pertandingan yang di anjurkan. Bertemakan "Membina Keamanan Bersama", saya telah memilih sebuah tempat untuk dijadikan lokasi menggambil gambar. Diharapkan dengan menyertai pertandingan ini, saya dapat menyampaikan masej positif tentang Keamanan Dunia dan betapa pentingnya menjaga hubungan agar kita dapat terus bersama-sama hidup dalam keadaan yang aman tanpa persengketaan.