PERKHIDMATAN KOMUNITI DI PASAR BATU KAWA
Kami telah menjalankan perkhidmatan komuniti dengan membersihkan Dewan Masyarakat di Pasar Batu Kawa. Sebelum memulakan aktiviti pembersihan, Tuan Vong telah memberi taklimat kepada kami. Selepas itu, pelbagai aktiviti pembersihan telah dijalankan, iaitu menyapu lantai, mengemop lantai, mengelap tingkap, membersihkan tandas, mengutip sampah dan lain-lain lagi. Kami telah menjalankan aktiviti tersebut selama beberapa jam.