Perkhidmatan di Majlis Perkahwinan Ahli Pengakap Kelana C Pekan
Pada 31 Ogos hingga 1 September 2019 yang lalu bersamaan hari Sabtu sehingga Isnin, telah berlangsungnya Perkhidamatan di Majlis Perkahwinan Ahli Pengakap Kelana C Pekan iaitu Maslini Binti Hamid bersama pasangannya di perkarangan rumah beliau yang bertempat di No 307,Blok 5, Felda Chini 4, 26690 Chini, Pahang. Seramai, 7 orang pengakap Kelana dari Kelana C Pekan serta seramai 400 tetamu jemputan yang turut hadir bagi memeriahkan majlis ini. Tidak lupa juga seorang rakan dari kelana G (udara) Kuantan yang hadir semasa majlis sedang berlangsung.
Antara khidmat yang dijalankan adalah seperti
1. Memasang dan Mengikat Tali Banner
2. Pengapit kepada Pengantin Lelaki dan Perempuan
3. Mengiringi Pengantin dengan Kawad Perlahan Jalan
4. Membantu Melayan Tetamu
5. Mengemas dan Membersihkan Persekitaran Kawasan Majlis
Tentatif Program:
8.00 pagi: Persiapkan diri.
9.00 pagi: Menguruskan persiapan pengantin perempuan.
9.30 pagi: Menyediakan makanan untuk tetamu jemputan.
11.00 pagi: Kehadiran tetamu.
12.00 tengah hari: Ketibaan pengantin lelaki.
12.30 tengah hari: Majlis bermula dengan paluan kompang dan persembahan silat.
4.00 petang: Majlis bersurai.