Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Sabah (Zon Pantai Timur) 2019
Rasional perkhemahan ini diadakan adalah untuk membimbing para peserta bagaimana cara atau kaedah untuk mentarbiah serta membentuk jati diri mereka dengan pelbagai teknik pengurusan diri sama ada secara individu dan berkumpulan, pengurusan masa, bekerjasama serta mewujudkan suasana harmoni sesama mereka, warga sekolah, masyarakat dan negara. Perkhemahan ini melibatkan 5 Unit Beruniform iaitu Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Persatuan Silat.
Seramai 120 orang peserta, 52 orang guru, 8 orang Petugas Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), secara keseluruhan melibatkan 180 orang kesemuanya. Perkhemahan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 27 hingga 29 September 2019 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah ‘ice breaking’, ‘burung pungguk’, flying fox, pertandingan memasak, pertandingan kawad kaki, pertandingan gajet, persembahan malam kebudayaan, mini explorace dan khidmat masyarakat. Menariknya, aktiviti mini explorace dijalankan dengan pelbagai aktiviti iaitu ‘sayang si buta’, ‘spider web’, halangan kaki, halangan komando, team building dan asas bantu mula. Setiap aktiviti dapat dijalankan dengan lancar melibatkan semua peserta.
Kesimpulannya, perkhemahan ini dapat memberi impak yang positif terhadap diri peserta yang memperoleh pengalaman baharu mengenai aspek pengurusan diri dan pengurusan masa. Secara tidak langsung ia dapat mendidik mereka untuk lebih berdisiplim dengan harapan momentem atau tahap disiplin yang mereka peroleh dapat dikekalkan di sekolah masing-masing.