PERKHEMAHAN PENGAKAP WANITA MALAYSIA 2019 CIPTA 2 MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Malaysia

PERKHEMAHAN PENGAKAP WANITA MALAYSIA 2019 CIPTA 2 MALAYSIA BOOK OF RECORDS

KUALA NERUS : Seramai 2299 ahli pengakap seluruh Malaysia termasuk daripada kumpulan Pengakap kanak-kanak, Pengakap.remaja, Pengakap muda, Pengakap kelana dan pemimpin menjayakan program  Perkhemahan Pengakap Wanita Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung selama empat hari dekat sini. Perkhemahan ini telah berjaya mencipta sejarah baharu dan mencipta Malaysia Book of Record (MBOR) dengan membida penyertaan pengakap wanita teramai  di Malaysia dengan jumlah 2299 peserta dan dalam akriviti Terengganu Go Clean. 

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Hal Ehwal Wanita), Normah Mohd Yusoff berkata penganjuran program seperti itu sangat bertepatan dengan keperluan pengakap wanita masa kini. Ia juga satu usaha untuk menjenamakan  bahagian Hal Ehwal Wanita ke pesada antarabangsa dan dunia amnya. Hal Ehwal Wanita perlu  mempertingkatkan kualiti ahli dan kepimpinan bagi memenuhi aspirasi Pelan Perancangan Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia 2018-2023 dapat dilaksanakan.

"Pembabitan aktif pelajar dalam aktiviti seumpama ini, bukan sahaja mampu meningkatkan semangat berpasukan bahkan mengasah jati diri, kemahiran berkomunikasi dan bakat kepimpinan demi melahirkan pelajar yang holistik. Program perkhemahan ini diharap dapat meningkatkan imej kepengakapan dan pembangunan setiap ahli di semua peringkat, selaras dengan matlamat melahirkan ahli pengakap yang mempunyai jati diri bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang," katanya semasa berucap pada majlis perasmian perkhemahan itu di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, dekat sini hari ini.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mejar Jeneral (B)  Datuk Dr Mohd Zin Budin turut berkata, sebagai sebuah organisasi sukarela yang berprestasi dan bertaraf dunia. Pengakap perlu melakukan transformasi supaya releven dengan perkembangan semasa. Segala aktiviti yang dilaksanakan hendaklah selari dengan arus pembangunan ekonomi,  sosial,  teknologi dan kebudayaan berbilang kaum di negara ini. Matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu membina negara bangsa untuk membangunkan modal insan.

"Kemahiran insaniah yang diperolehi ini akan menjadi nilai tambah kepada peserta perkhemahan ketika menempatkan diri di alam pekerjaan kelak.  Hasrat untuk melahirkan ahli pengakap yang seimbang dan holistik berteraskan ilmu,  teknologi dan nilai yang berasaskan undang-undang dan persetiaan pengakap." katanya. 

Perasmian itu disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara,  Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh. Menurutnya bertemakan Pemudi Harapan Negara, program perkhemahan tersebut diadakan bersempena dengan Hari Wanita Sedunia. Diharapkan menerusi program ini, semua ahli pengakap dapat memahami misi dan visi pergerakan pengakap secara menyeluruh, seterusnya mengangkat imej dan penjenamaan pengakap wanita ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Shafie dalam ucapannya berkata program perkhemahan yang padat dengan pelbagai aktiviti itu dapat membina jati diri peserta agar mampu berdaya saing dalam menempuh era globalisasi.

"Program ini turut menjadi platform mempertemukan pelbagai bangsa, etnik dan budaya, yang mana ia bukan hanya dapat membentuk perpaduan sesama mereka bahkan mendidik mereka mengenai pentingnya untuk saling menghormati," katanya.

Sementara itu peserta yang ditemui melahirkan rasa gembira dan teruju kerana dapat menyertai perhimpunan pengakap wanita terbesar itu yang diadakan setiap tahun.

Started Ended
Number of participants
2299
Service hours
96
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share