Perkhemahan Lencana Keris Gangsa

Perkhemahan Lencana Keris Gangsa

"Setiap pertemuan sudah pasti ada perpisahan",begitulah lumrah dalam hidup sebagai seorang manusia. Pada 19-22/04/2017 bersamaan hari Rabu sehingga hari Sabtu,saya telah pergi mencurahkan khidmat saya sebagai seorang kelana di SK Inubai bersama rakan seperjuangan saya yang lain. Bukan sahaja ingin memenuhi tanggungjawab sebagai seorang kelana,namun sudah pasti ingin menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dengan hati yang rela ikhlas tanpa mengharapkan inbalan. Sepanjang kem berjalan, inilah kali pertama saya mengambil tanggungjawab untuk memasak nasi untuk orang ramai. Sudah menjadi lumrah hidup saya untuk membuat kesilapan namun sudah tentu berpandukan kata-kata hikmat"belajar dari kesilapan",saya telah mampu menjalankan amanah yang diberikan sehingga saya telah kembali ke pangkuan keluarga. Gelak ketawa masih terngiang-ngiang di telinga ini kerana sukarnya untuk melupakan kenangan bersama kanak-kanak ditambahkan lagi karenah mereka yang mencuit hati. Sepanjang aktiviti dijalankan,semangat mereka tidak pernah rapuh walaupun badai ombak menanti di hadapan mereka,sebaliknya terus maju ke hadapan bersama-sama rakan seperjuangan. Kegembiraan turut dirasai bersama. :-)
Started Ended
Number of participants
60
Service hours
1440
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
SDGS

Share via

Share