Perkhemahan Kursus 6 Sekawan Daerah Seremban Timur
Saya telah menghadiri Perkhemahan Kursus 6 Sekawan Daerah Seremban Timur yang bertempat di SK Rahang selama 3 Hari 2 Malam. Ini adalah kali pertama saya dilantik menjadi Ketua Kem untuk perkhemahan tersebut. Saya juga turut menjadi jurulatih/ tenaga pengajar untuk aktiviti ikatan, gajet, masakan rimba dan pertolongan cemas. Kursus ini dihadiri oleh seramai 134 ahli Pengakap Kanak Kanak dari 17 buah sekolah. Peserta Kursus ini akan menjadi ketua sekawan di sekolah masing2 untuk tahun 2017. Kami berharap agar ilmu yang diperoleh dari kursus ini akan diskongsi dengan rakan2 lain di sekolah.