Perkhemahan Aviasi Pengakap Udara
Labuan~
21-23 SEP 2018 (Jumaat-Ahad)
Perkhemahan Aviasi Pengakap Udara kelas1 (2.0) telah pun diadakan di dalam pulau labuan ini bertempat LABUAN INTERNATIONAL SCHOOL (L.I.S). Ahli seramai 31 orang, dua buah sekolah yang telah mengikuti perkhemahan aviasi kelas 1 dari SMA MAIWP & L.I.S.
Sepanjang perkhemahan ini Ahli pengakap udara telah banyak mempelajari ilmu pengakap kelas1 dari segi alat machine kapal pesawat dan kapal berkaitan udara, mengenali 10 awan yang berbeza, arah angin, landing kapal pesawat, keadaan cuaca dan macam2 lagi berkaitan dalam pengakap udara.
Dengan itu Pengakap udara juga menjemput Pegawai TUDM Mohamad Nor ilham B Mohamed Anis
(Pembantu Juruterbang) dan Lt Kol Hj Mohamad Zulhilmi Bin Hj Ahmad
Pegawai Laksana Pangkalan, untuk memberi sedikit aluan dan kata2 Pengakap Udara dengan lebih mahir dan tekun berkaitan hal-hal udara.
Terima kasih kepada Ibu Bapa Pelajar yang telah memberi kebenaran kepada anak-anak untuk mengikuti Perkhemahan dan juga kepercayaan kepada Pemimpin untuk melaksanakan Perkhemahan ini.
-Berkhidmat melalui pengakap-