PERJUMPAAN KALI KE-2 LEVEL 300 KLKM USM SIDANG AKADEMIK 2017/2018
Perjumpaan Ahli KLKM USM Level 300 bagi sidang akademik 2017/2018 dijalankan pada hari Isnin pada pukul 5.20 petang. Perjumpaan ini diadakan bagi tujuan pembentangan takwim dan juga projek sepanjang sidang yang bakal dilaksanakan. Kehadiran penasihat KLKM USM iaitu DR Anuar, memberi kata semangat agar kami meneruskan legasi sebagai pengakap di USM. Kami juga diberi pendedahan terhadap Messenger of Peace dan Baden Powell Award. Perjumpaan ini dilakukan lebih kurang dalam 2 jam dengan dihadiri oleh 64 peserta yang lain.