Perjumpaan 5 Level 200 Sidang 2018/2019
Perjumpaan ke-5 telah diadakan di DK SK 2. Agenda perjumpaan kali ini ialah mengenai taklimat porfolio BPA. Taklimat portfolio BPA ini diberikan oleh YDP iaitu saudara Faris. Taklimat ini diberikan sebagai persediaan untuk pentauliahan BP Award. Antara kandungan taklimat tersebut ialah penyediaan dokumen-dokumen penting seperti sijil dan laporan aktiviti, catatan untuk aktiviti dan sebagainya. Taklimat ini telah memberi pendedahan kepada kami mengenai cara-cara untuk melakukan portfolio BPA. Menerusi taklimat ini, kami telah diberi tunjuk ajar dengan lebih awal mengenai portfolio BPA. Salam Pengakap!