PERISAI MUKA UNTUK PEJUANG NEGARA
-Pada 25 Mac 2020 , saya bersama 19 orang pasukan Pengakap Kelana B , Blackflurry Pasir Mas yang diketuai oleh NOR AZLIN BINTI MAT NOR telah memulakan projek FACE SHIELD HEROES .
-Kami telah menyiapkan dan menghantar sebanyak 10 637 unit face shield kepada hospital di 3 buah negeri iaitu di negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang .
-Tujuan projek ini dilakukan adalah untuk membantu Pasukan Barisan Hadapan seperti doktor , jururawat , tentera dan lain-lain yang tidak mencukupi keperluan untuk merawat pesakit yg menghidapi penyakit Covid-19 ini .
-Projek ini dihasilkan di rumah pemimpin kelana kami sendiri . Dimana , kami dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi hingga tengahari seramai 5 orang dan sesi tengahari hingga petang seramai 5 orang .Hal ini kerana , kami tidak dapat berkumpul beramai ramai dan perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan .
-Kami telah mendapat liputan daripada media terkini seperti pihak media Sinar Harian dan bernama bagi mendapatkan sumbangan . Kami bukan sahaja mendapat sumbangan dari segi kewangan . Malah , kami juga mendapatkan sumbangan bahan pembuatan untuk membuat Face Shield tersebut seperti span,tali,hot glue gan dan lain-lain .