PENYERTAAN PENGAKAP DAERAH SIMUNJAN DI JAMBORI KUALA LUMPUR 2016
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Simunjan buat pertama kalinya telah menyertai Jambori Antarabangsa Kuala Lumpur yang merupakan perkhemahan di dalam kawasan bandaraya. Kontijen dari Daerah Simunjan disertai oleh 7 orang ahli pengakap yang merupakan Pengakap Kanak-kanak dan Pengakap Muda. Jambori Kuala Lumpur kali ini juga disertai oleh 8 orang pemimpin yang mewakili beberapa buah sekolah di kawasan Daerah Simunjan. Semua peserta telah berjaya mengikuti semua aktiviti yang dijalankan dan juga merupakan Daerah pertama yang mewakili Negeri Sarawak yang telah menyelesaikan semua aktiviti yang dianjurkan yang melayakan mereka untuk mendapat Anugerah Semangat Syafiee. Syabas kepada Daerah Simunjan. Sekali berpengakap selamanya berpengakap.........