Pengalaman Kelana Menjadi Petugas
Pada 5 hingga 10 Julai 2018 yang lalu, seramai 4,520 peserta pengakap kanak-kanak, kelana dan pemimpin pengakap telah menyertai Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan. Program ini telah dijalankan selama 6 hari 5 malam di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pengakap kanak-kanak menyertai aktiviti-aktiviti seperti flying fox, pertolongan cemas, ceramah radio amatur dan permainan. Meskipun penat dan kurang tidur dalam menyertai aktiviti, namun para peserta tetap menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam program tersebut. Dalam program ini, saya diberi tugasan untuk menjadi urusetia dan juga menjaga keselamatan kem.
Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu.