PENGAKAP KANAK-KANAK KOROBORI TAHUN 2018
Pada 6 Julai sehingga 10 Julai 2018, Pengakap korobori telah diadakan di Scout In Kuala Terengganu. Seramai 7000 peserta serta urusetia menyertai perkhemahan tersebut. Perkhemahan ini mengambil masa selama lima hari. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang perkhemahan tersebut. Antaranya ialah, pameran para ahli bomba, pameran Messenger Of Peace, malam kebudayaan dan sebagainya.
Perkhemahan korobori ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Muda Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin. Semasa perasmian tersebut juga turutnya kehadiran para jemputan khas dari negeri lain. Sepanjang perasmian tersebut, dewan besar scout in dipenuhi oleh para peserta serta jemputan khas.
Selain itu, setiap peserta dari negeri lain telah membuat yang terbaik sepanjang perkhemahan tersebut. Ini boleh dilihat semasa malam kebudayaan antara negeri-negeri lain. Masing-masing menyokong negeri sendiri. Semangat berpengakap kanak-kanak ini amat tinggi sehingga dapat menjayakan perkhemahan selama 5 hari berjalan dengan lancar.