Pencapaian besar dalam kemajuan diri
Tarikh : 1 Disember 2019 hingga 7 Disember 2019
Masa : 12 tengah hari hingga 12 tengah hari
Tempat : Canaan Valley , Taman Tasik Teratai , 48200 Serendah , Selangor , Malaysia
Peserta : 100 peserta penganut Agama Buddha dari China , Taiwan , Hong Kong , Singapura dan Malaysia
Jawatankuasa pelaksana : 20 jawatankuasa pelaksana kem dari Persatuan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia
18 ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA Jalan Gombak Kuala Lumpur Malaysia , Kumpulan 01 Wangsa Maju PPPM Kuala Lumpur .
Buddha kem ini telah mengajarkan saya banyak perkara. Sebagai seorang anak yang jarang membantu ibu masak dalam rumah, saya dapat merasai betapa letihnya untuk memasak apatah lagi memasak bagi semua ahli keluarga. Namun selepas berkhidmat di Kem ini, teknik-teknik saya dalam kerja penyediaan masakan telah bertambah maju dan saya akan membantu ibu selepas balik ke rumah. Di samping itu, saya juga dapat mengenali orang-orang dewasa yang baru seperti tukang masak kem, pengurus tempat, dan juga beberapa ahli kem ini, mereka telah mengajarkan saya banyak perkara dan ilmu yang baru, oleh itu saya amat berterima kasih terhadap mereka. Apabila kita hendak berpisah pada hari terakhir merupakan masa yang paling sedih dalam kem ini, setiap pertemuan mesti berakhir dengan sebuah perpisahan, oleh itu kita mestilah menghargai setiap detik kebersamaan. Sekian, terima kasih.