Pelancaran Pengakap Lebah SK Nunuyan Laut
Pengakap Lebah telah dibentuk di SK Nunuyan Laut bermula pada Januari 2018. Pelancaran Penubuhan pengakap lebah telah dirasmikan sendiri oleh YBhg.Tan Sri Dato Sri Paduka Tn. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara pada 5 Ogos 2018 bertempat di SK Nunuyan Laut bersempena dengan sambutan Hari Pengakap Malaysia peringkat kebangsaan 2018.
Pelancaran ini telah dihadiri oleh seramai 300 orang ahli pengakap termasuk beberapa rombongan yang datang daripada luar negara iaitu dari Thailand, Indonesia dan Brunei.