Nine Mike Four Sierra Juliet November
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan (PPMNS) telah menjemput pihak Kelab Radio Amator Negeri Sembilan (NESRAC) untuk memberi bantuan komunikasi sempena perkhemahan Jamboree on The Air ke 59. Perkhemahan tersebut telah berlangsung di Kem Pengakap Negeri Bukit Putus, Seremban, Negeri Sembilan bermula dari 14 Oktober hingga 16 Oktober 2016. Ianya telah dihadiri oleh seramai 200 orang peserta terdiri dari para pemimpin, penolong pemimpin, kelana, pengakap remaja, pengakap muda dan pengakap kanak-kanak.
Ahli NESRAC seramai 30 orang telah mula berkampung di kem pada 14hb untuk membuat persiapan dan menguji pancar radas-radas yang akan digunakan. Pihak NESRAC telah memasang 2 radas radio HF dan 2 radas radio VHF disamping hampir 20 unit walkie-talkie. Bengkel pembuatan antenna quater-wave dan juga morse-key oscillator juga telah diadakan. Ianya bagi mendedahkan kepada para peserta tentang beberapa peralatan home-brew yang dibuat dan digunakan oleh rakan-rakan amator.
Menggunakan callsign JOTA 9M4SJN, beberapa kontek telah berjaya dibuat baik untuk dalam mahupun luar negara. Antara negaranya ialah Jepun, China, Filipina dan beberapa negara lagi.